Kenapa cuci kereta lagi best dari berkhalwat??



  1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
  4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.
  6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
  8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
  9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak, kawan-kawan.
  10. Majikan tidak akan memecat anda.
  11. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka cuci sama, pastu bawak diorang pergi jalan-jalan window shopping ke..silap2 diorang pulak pelawa jadi menantu diorang..
So, kesimpulannya.. Lebih baik cuci kereta daripada berkhalwat. Lebih baik buat pahala daripada buat dosa.

Tatkala Guru Mentafsir Cinta


Cinta.. Apa maksud cinta? Apa itu cinta? Nak tau? Cuba kita tanya guru-guru kat bawah ni.. Apa agaknya yang diorang akan tafsir makna cinta mengikut bidang yang mereka ajar. Heheh..

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah si dia).

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya.

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya.

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar.

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa.

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah…. kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh.

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya.

Yang pasti, tafsirlah cinta mengikut kehendak Allah yang satu… Bertemu dan berpisah semua kerana Allah.. Indahnya cinta kalau agama disertakan bersama… Cinta Allah dan Rasul yang paling utama dan wajib diutamakan. Jangan terpedaya dengan cinta dunia yang sementara..

k.e.k.w.a.t =_=


berdasarkan tajuk diatas ini sudah semestinye aku nak citer pasal diri aku lah .
perkataan 'kekwat' atau lebih mesre dipanggil sombong ni semmgnye dah biase aku dengar .
sbb ape aku biase dengar ea ~ sbb perkataan ni mmg byk kali ditujukan utk aku .
haha sampaikan word ni dah buat aku lali dan x rase ape2 pun . huhu -_-
tetapi yg buat aku agak bengang ni
dah lah kenal pun tidak , rapat pun tidak , senang2 cakap aku kekwat .
haiyo pelik pelik ~_~
faktanye bile orang nampak aku orang akan cakap aku sombong .
aku xtahu mengape dan kenape . ianye masih dlm persoalan lg :-/
maybe first impression orang kowt .

beginilah aku nak ceciter pade korang,
aku ni bukan jenis yg peramah dan x suka ada byk kawan
dan aku mmg xkan memulekan conversation dgn sesape yg aku x kenal atau kurang rapat .
plus aku seorang yang pemalu dan pendiam .
tp bile dah kenal rapat dengan aku , korang akan tahu perangai aku yang sebenar .
aku lah yg paling bising n paling masuk air kalau aku dengan kawan2 aku .
konklusinye , x kenal make x cinte dan don't judge a book by it's cover !

If you ignore me, I will ignore you. If you don't start the conversation, we wont talk. If you don't put in the effort, why should I?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...