Lowered?

Hi bloggers...harini terlebih excited pulak nk blogging. Guess what? ni entry ke-3 dalam tempoh 24jam. So kalini nk cerita pasal LOWERED. Pernah dgr? Well lowered ni refer kepada kereta-kereta yang telah dimodifikasi suspensi asal kepada lebih rendah sedikit. Senang cerita kereta yg rendah daripada stok asal yang dikeluarkan lah. Apa kelebihan lowered-lowered ni? tak merosakkan kereta ke? Comfort ke? Ini contoh kereta yg telah dimodifikasi. Sumber : google image


Lowered Produa Myvi

Lowered Toyota Vios

Lowered Mitsubishi Lancer

p/s : selalunya kereta lowered ni gab antara tayar dan fender depan 1 jari. Belakang 2 jari. Kalau jenis lowered melampau yang sampai kepakkan tayar
belakang tu kita panggil "Hellaflush"

Well this is my own review sbb aku pun meloweredkan kereta. Beberapa cara boleh dilakukan utk meloweredkan kereta, antaranya :

1. Tukar kepada SPORT SPRING. Selalunya sport spring ni warna merah. Spring agak keras sedikit.

2. Tukar kepada SPORT ABSOBER. Absober lebih keras dan short stroke

3. Tukar kepada ADJUSTABLE. Dua jenis adjustable, high-low dan high-low-soft-hard.

Antara brand yang famous menjual sport spring, sport absorber dan adjustable ni antaranya : Tein, GAB, ProRide, Mines dan bnyk lagi lah. 

Kelebihan :
1. Lebih perormance dan handling
2. Kereta lebih stabil bila ambil selekoh
3. Low air friction and resistance, so senang sikit nak accelerate.
4. Ada bnyk lagi la...

Kekurangan :
1. Kurang comfort sedikit pada jalan tak rata berbanding spring stock 
2. Kurang bumping

So maybe yang dah berkeluarga tak sesuai sangat lah kot sbb selalunya kereta keluarga ni lebih mengutamakan comfort dan tak sesuai lah nak merempit racing2 ni kan. 

Well lowered itu sexy, beauty is pain. And lupa pulak, kalau lowered ni kat bumper ni kena slow2 sikit, kalau laju2 nnti tak pasal2 bumper pecah, lagi2 yang modified pakai bumper/lips/skirting/bodykit yang material fibre tu. 

Well terpulang lah kpd cita rasa masing-masing. Peace =)

Moist Chocolate Cake

Hi Bloggers...cuba tgk tajuk entry ni? chocolate cake? Oh yeahh mari kita jadi cheff yer untuk harini. Actually IMMA BIG BIGG FANS OF CAKE. So sementara ada gap seminggu before masuk sem baru ni masa banyak dihabiskan untuk jadi driver kepada adik-adik...hentar pergi sekolah, ambil dari sekolah, dll. So tak lupa juga gunakan kesempatan yang ada utk belajar baking. Kalau nak suruh masak mmg haram taktaw. Ok bnyk pulak membebel. So harini nak share dgn semua recipe moist chocolate kek ni.


Tadaaaa....ini lah hasilnya XD

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo
2 cawan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
3 biji telur (dipukul)
1 cawan minyak masak

Chocolate topping :
200gram chocolate masakan
100mL whipping cream

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan
2. Tapis tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonate dan campurkan didalam satu balang
3. Campurkan gula, telur yg telah dipukul
4. Masukkan air panas, susu cair dan minyak masak
5. Gunakan mixer dan tambah sedkit esen vanila (optional)

p/s : aku masukkan sekali gus semua bahan2 tu. haha. Mix sehingga sebati. Letak dalam tray dan kukus selama 1 jam mcm tu sehingga masak.

Untuk topping pula, gunakan teknik double boiler (mcm cairkan chocolate masakan tu) dan campur dgn whipping cream. Oh ya saya guna whipping cream bawah ni.


Lepas kukus, sejukkan sebentar dan letakkan topping ni. Utk hiasan terpulang kepada anda, saya letak chocolate rice dan strawberry sikit.
Well selamat mencuba =)

It's September

Hi bloggers...Guess What?? Guess what?? It's monday. Monday blues maybe? Well its already September. sekejap je rasa dah september ni kan? Time flies faster, masa itu emas. Well TWO big things happens in this september, guess what? (haha xhabis2 guess what). 

First thing is DAH HABIS PRAKTICAL. Well it's really really and super duper awesome sbb masa praktical mesti xsabar sangat nak habis. Bosan katanya kerja tak mencabar. Whatever it is memories created cannot dijual beli (pehhh ayat).

Second thing is NEW SEMESTER BEGINS. Minggu ni adalah minggu pertama so nothing much perkara menarik kecuali ramai yang tak datang dan skip kelas. Well perkara biasa lah kan sbb 1st week memang masa utk relax-relax dan belum start belajar lagi.


**gambar sekadar hiasan. malam pertama di kk8 @ kolej kediaman kinabalu**

Ok sebenarnya nk buat entry pasal benda lain...tiba2 mood utk berblogging hilang. Ehhhh. Oklah bye

Tips turunkan berat badan?

Assalamualaikum....tak jawab dosa kalau jawab sayang (ala2 maria elena pulak) haha

Ok harini tengah blogwalking ni terjumpa satu article pasal tips untuk menurunkan berat badan. Well siapa tak nak kurus kan? apa2 pun kurus atau tak kurus atau kurang kurus itu semua tak penting, yg penting kita sihat dan mempunyai berat badan yang ideal (ayat skema giler).


Huhhh...ermm actually entry ni milik blogger terkenal Fatin Liyana (gua terhasut dari Syaga lahni). Enough enoughhh... kembali kepada topic. So here's the tips :


1. JANGAN CRASH DIET
crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?


2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Podah. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja ang skip-skip meals ni. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan portion.


3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi.



4. GET ACTIVE
satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Kalau asyik main DOTA ajer bila masa nak kurusnyer ?? baik pergi Kacau anjing yang tengah tidur.



5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada brader2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.

Baru-baru ni, professor ada habaq. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha aweks2 cun. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.


Ok gua nak racun sikit dengan gambar makanan ni.
Menu : Nasi Goreng Meletop Napoleon
Lokasi : Murni Discovery SS2, PJ

That's all. Thanks for your time. ada tips lagi kita share bersama okay. Adiosss =)

it's sad

when people you know become people you knew.

how you can walk right past them, as if they have never been a part of your life.


how you used to be able to talk for hours, and now you can even barely look at them.


Our Prophet Muhammad SAW pernah bersabda 

"....janganlah engkau mengabaikan sabatmu lebih daripada 3 hari...."

but im only me, im just a normal person with fragile heart. I want to forgive and forget whatever sakit hati thing yg pernah berlaku but..... although its hard but i am trying. But sometime it's easier :


1. to blame others,than blaming yourself.


2. to hide and pretend,than telling the truth.


3. to give,than take.


4. to ignore,than trying or explaining.


p/s : selamat hari raya (in advance) ~_~

Wet Wednesday

Assalamualaikum & Good Morning


Lemme guess...mesti ramai yang tengah busy buat last preparation untuk hari raya kan? Yang baru dapat cuti harini mesti sibuk nak servis kereta? last minutes shopping? cuci rumah? (pelik je bunyik) dan yang paling penting Balik Kampung...Ohh oHooo balik kampung. Itu untuk yang cuti harini. Kalau yang tak dapat cuti harini? mcm mana pulak? menapak kat office lah. What? u xdpt cuti? dont worry, we're on the same boat. Sobsobs. But nvm. Chill okay :)

Oh ya since today is the last day of puasa, marilah sama2 kita tambahkan amalan untuk hari terakhir ni, pahala ibadah wajib dikurniakan pahala berlipat kali ganda, while pahala ibadah sunat sama seperti melakukan ibadah wajib. Subhanalllah... Yang paling penting semoga kita dipertemukan dengan bulan ramadhan tahun hadapan dan moga dipermudahkan segala urusan. 

GUESSSS WHAAAT?! GUESS WHAAAT?!! Harini office kosong...sunyi sepi ja. Wordless wednesday. dear time please fly faster, i wanna go home. 

Last but not least, Selamat Hari Raya (in advance!)
please forgive me for any of my wrongdoings to any of you, intentionally or unintentionally.
have a great & blessed Ramadhan and Syawal!

A Month

Its been a month and Im glad. A month for what? guess what? tik tok tik tok...tettttt. Its been a month for my industrial training a.k.a practical. Happy Annimonthsary (pon boleh)!!! Haha saja buat gempak poyo sikit. Yeah dh sebulan kat sini and guess what? tinggal sebulan je lagi nak habis. Oh damnn seriously cant wait for another month. Oh my dear time please fly faster. Lolzz

Gambar bawah ni masa first day. **bajet muka suci yg xboleh blah tu** 
Hello Im Mr.Nerdy Birdy



Frankly speaking mmg best and fun bila involve dlm real industry and become part of industry people. But im in R&D department, so its kinda bored sometime since u kena rajin baca journal, patent and bored experment that requires u to wait for couples of hours. Tapi bila masuk plant, im the happiest and the most energatic one **energeticlah sangat**. haha

Oh ya...almost forget. Semalam tengah rest pon boleh terfikir nk buat apa dan souvenier apa nak bagi kat supervisor dan engineers kat department ni. See? nampak sangat tak sabar nak habis praktical kans?

Ok lah. Till then. Bye and happy fasting ~_~ Ramadhan Karim

Tazkirah pagi

...Assalamualaikum & Morning...
Actually takdak lah tazkirah mana pun, and im not layak untuk bagi tazkirah ni. Well good thing should be shared. Ok pernah dgr tak ayat ni?

"..Jangan lah sesekali membenci si pembuat dosa, akan tetapi bencilah dosa yang
dilakukan itu..."

Lebih kurang macam tu lah... actually i found this picture on instagram


Indeed. As Muslim, where ever you are, where ever you may go and whoever you are, only Iman, amal dan Ibadah yg akan membezakan kita pada hari akhirat kelak. Harta, kesihatan dan segala-gala yang ada didunia hanyalah pinjaman semata-mata. So in this bulan ramadhan, marilah kita sama2 tambahkan ibadah dengan berselawat kepada Nabi SAW sebanyak mungkin, on top of all other ibadah we have been doing!  in sha Allah with all of our efforts, kita dapat keredhaan-Nya, 

Dalam satu ceramah, ustaz tu pernah cakap "...Kita tidak perlu buat ibadah siang dan malam, tak perlu berbuat baik sesama manusia dan semua kebaikan utk masuk ke Syurga. Sekali perbuatan kita itu walaupun kecil mendapat Redha Allah, Insyaallah kita akan menjadi ahli Syurga..."  Subhanallah.

~wallahu'alam~


Lyric Mania

Assalamualaikum...


first of all nk wish HAPPY FASTING, Salam Ramadhan Al-Mubarak. Puasa tak harini? Harini dah masuk hari yang ke-21 kita berpuasa, dah masuk fasa yang ketiga utk bulan penuh keberkatan ni. Lemme guess, mesti ramai yang dh start shooping utk raya kan? apa? baju melayu 3 pasang? baju kurung 5 pasang? Amboiii over taw. Melalut dah intro ni. Maaflah yer ~_~


Actually nk post some video, but seem like video uploading has been blocked (I guess), so this entry is about lyric mania. Im not a 9gagger, but I found this is very funny. Before this is about adele - set fire to the rain, but now it's Alicia Key's new song (tak daklah new sangat)



Is it fun or im just too lame. Too young too dumb to realised maybe?

~No harm intended~

Bye

It's Birdy

Hey all, Assalamualaikum. Tengah buat apa tu? Ada benda nk story-mory sikit ni, I've just come back from Tesko Semenyih, buying some groceries and toiletries  . Ada satu benda yg saya suka dan excited sangat nak pergi Tesko ni, guess what? 


Tadaaaa....It's COOL BLOG baby. I truly, Madly in Love with this. Flavor? Chocolate & Blue Coral forever and ever. It a big big big no ! No ! No , no way! Yup, its a big and very huge NO! to Vanilla Flavor. Yukssss. Back to main point, oh panjangnya introduction LOL. 

Want to ask something, did you ever meet this guy? or accidently bump into him? If you say YES, you might be one of the luckiest person, i might say


What? Xkenal? Ok nvm. His name is Birdy, I myself donno what is his real name but nvm since he call himself "BIRDY" 

Who was him? He is one of the famous Youtube Most Talented Person, I might say. For me, he was so special and vary talented person in hair styling. He can do a lot of style and most of them are 'anime' style. To be frank, I do admire him and downloaded many of his video's. I keep trying to follow his steps-by-steps hair tutorial and believe it or not? I have my own hair dryer and hair straightener. OMG semangat gila kan?

Here, I wanna share with you guys one of his videos :


Awesome right? No? I don't care if you say NO, for me it was TOTALLY AWESOME.
Till then, see ya later XD


Hafiz Zainal

Jeng-Jeng-Jeng. Secret Admirer?? No. Yeah I mean no no no. Eh wait a second, I think yes, but in other way, I do admirer him for his talent. Who was him? Kenal HAFIZ ZAINAL? ok kalau tak kenal boleh search kat youtube (Famous Amos Kotttt). Ok maaf over pulak. haha



Actually to be frank, saya lebih suka dengar dan tengok persembahan secara live atau cover. You know why? because from that saya akan dapat dengar nyanyian secara jujur and that's called "ORIGINAL" version. Sesetengah artis mungkin bila kita dengar nyanyian dia dalam radio macm "best giler" tapi bila dia nyanyi secara live, suara macam semacammmm je "no words can describe it".

Ohh alamak, lupa pulak nk cerita pasal Hafiz Zainal ni, ermmm actually xkenal pun, and to be frank saya baru ja tahu dia ni student pasum UM during my first year. Tahu pun sebab kawan yg bagi tahu. Okay nothing else to say, but now for serious I really don't know what had happen to me and his covers have become like "drug" to me that I'm addicted to. Setiap hari mesti maw dengar weh, tak tipu.

Nak taw cover apa?
Lagu : Pendam
Nyanyian Asal : Shahir Af8


And one more thing, I've just found out that I'm one of "The Lucky Tweet". Print screen by him. Happy gila nihhhh and again no words can ever describe how i feel right now XD



It's Semester Break



Hye Assalamualaikum, wah lama betul rasanya dah tinggalkan blog ni. Anda semua apa khabar? Moga sihat-sihat lah hendaknya. Ni nak cerita sikit ni, now im home? Seriously? Yess!! It's semester break buddy. So apa nak buat ye utk semester break yg ada lebih kurang 1 bulan ni? Any idea? Part time work? Emmm...better not. 

Anda bagaimana? ada idea? why don't you share it with me ^__^ Sharing is caring XD

Aku yang Berdosa




Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

**Sangat hina rasa diri ini, diri ini sangat kotor penuh dengan dosa-dosa silam. Ya Allah...jgn biarkan diriku ditimpa musibah atas segala dosaku..berilah kesempatan kepadaku untuk bertaubat...AMINN YA RABBAL ALAMIN**

Pedihnya "SAKARATUL MAUT"



Suatu ketika Nabi Idris telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail.
Kemudian Beliau bertanya, "Hai Malaikat Izrail, kedatanganmu ini untuk mencabut nyawa atau berkunjung."

Lalu Malaikat Izrail menjawab bahwa kedatangannya itu untuk berkunjung dengan izin Allah.

Setelah mendengar jawaban Malaikat Izrail, Nabi Idris berkata lagi,
"Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan denganmu."

"Kepentingan apa itu?" kata Malaikat Izrail.

Setelah sejenak menghela nafas, Nabi Idris pun menjawab,

"Kepentinganku denganmu adalah supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali agar aku dapat lebih giat
beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratul maut."

Malaikat Izrail kehairanan mendengar permintaan Nabi Idris.

Tapi Allah memberi wahyu kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut
nyawa Nabi Idris.

Seketika itu juga Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s.

Setelah menjalankan tugasnya itu Malaikat Izrail menangis atas
kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah untuk menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris pun hidup kembali.

Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris a.s.

"Hai Saudaraku, bagaimana rasanya sakaratul maut itu?"

Nabi Idris a.s menjawab,
"Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup disiat kulitnya dalam keadaan hidup-hidup dan begitulah rasanya sakaratul maut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut,
"Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya.

Itulah sahabatku sekelumit kisah tentang pedihnya sakaratul maut. Seorang Nabi pun juga merasakan hal yang sama dan terasa sangat pedihnya kala nyawa terlepas dari badan.

Bagaimana pula kita, tanggungjwb sbg hamba Allah, anak, ayah, ibu, suami, isteri. Adakah kisah ini tidak memberi kesan pada diri kita dan kita berfikir serta muhasabah diri utk lebih bersedia menghadapi mati...

Moge bermanfaat hendaknya. Assalamualaikum ^_^

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum readers (kalau xjawab dosa). Wahhh sangat lama ye saya xupdate blog ni, dah bersawang-sawang dah. Kalau tak silap hampir 9 bulan dah kan? Now dah disember dan tak berapa hari lagi kita akan ucapkan selamat tinggal kepada 2012 dan selamat datang kepada 2013. Sungguh cepat masa berlalu tanpa kita sedari. So harini entry islamik sikit mengenai Solat Sunat Dhuha. Dalam pada kita sibuk mencari ketenangan dan meraih kekayaan hidup di dunia, jangan lupa kita juga harus mencari "saham" kita untuk dibawa bersama pada saat kematian kita nanti.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan"

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1.  Niatnya:

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah..
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Guide me to the Straight Way

confession: i am quite an impatient person.
when i dig deep within myself, i found that the thing i hate most, is waiting. no matter what form. sometimes when waiting gets to my nerves, i get angry and when i'm angry, astaghfirullahalazim..

it's very disappointing.
i used to ask myself "why is it that you can change your outlook, change your lifestyle and whatnot, but you can't be patient and control your temper?" everytime after i've done something stupid because i was too impatient. that's the thing about me. i know i need to chill, to sabar and calm down, but the next time, the same cycle will happen again.

then one day, not long ago, i did solat jemaah isyak in a masjid. on the second rakaat, the imam's mic's volume went lower and lower thus causing the imam to recite the surahs louder so that we could all hear him. but i couldn't hear him anyway.. 'cause of that, my mind started to wander. i started thinking about the most random things and then suddenly i realised the imam dah rukuk. so of course i followed. then i thought to myself, "ya Allah, sorry ek.. apasal la i tak kuat mcm iman ni.. i hope You can wait for me (to be beriman enough)".

it was like a tight slap given across my face as i stood for qiyam..

how dare i.. how dare i ask Allah swt to wait for me, whereas i couldn't even wait for others?
how can i ask Allah, The Almighty, to be patient with me, when i can't with others?
how dare i ask Allah, The Giver of Life and Giver of Death, to wait for me to be a better person, as if i'm the one who gets to decide when i want to die?

i cried while praying that time.
and when i read Surah Al-fatihah, fresh tears streamed down my face.

Surah Al- fatihah:

Bismillahirrahmanirahim (In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful)
Alhamdulillahi rabbil 'aalamin (All praise and thanks are Allah's, the Lord of the Alamin - mankind, jinn & all that exists)
Ar-rahman ir-raheem (The Most Gracious, the Most Merciful)
Maaliki yawm id-deen (The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense)
Iyaaka na'budu waiyaka nasta'een (You (alone) we worship, and You (alone) we ask for help - for each and everything)
Ihdina ssirat al-mustaqeem (Guide us to the Straight Way)
Siraat alladheena an'amta 'alayhim, ghairil maghdoobi 'alayhim wa lad-daleen (The Way of those on whom you have bestowed Your Grace, not the way of those who earned Your Anger, nor of those who went astray)
Ameen.

my life could be taken away whenever He pleases, and there i was, asking Him to wait.
"how dare you.." i kept saying to myself.. indeed. how dare me..

i'm sharing this side of me which i'm ashamed of to those of you reading this.. and i'm sharing it because i know there are some people who share this same problem. we're only human. we make mistakes, and we're far from perfect. but it's time to change.. we'll never know if we have a 'tomorrow'.

so here's my new year's resolution. instead of a list of things that i want to do, i only have one thing that i need to do.

i need to be patient.

to be patient when doa, performing prayers, listening to others, eating, executing tasks, basically everything and anything. insyAllah..

Surah Al-Imran (3:120);
"..But if you remain patient and become Al-Muttaqun (the pious), not the least harm will their cunning do to you."

Surah Hud (11:115);
"And be patient, verily, Allah wastes not the reward of the good-doers."

Maaf saya tersalah " awak woman sangat"

Tadi aku bukak " Fb " sekali ade orang bagi mesej..and add friend...aku pun bukak.... aku tengok gambar dia... cam ni...





sebab semua pose gambar dia cam ni...aku comment lah pic dia..aku cakap " Chantek kakak"...

sekali dia balas ini lah....

"sy bukan kakak...sy rockers...sbb sy main gitar , band boy..tu rmbt panjng...semua lagu sy layan..sbb band org kahwin...rockers..rmbut panjg sbb band rock bkn dangdut... pendekar rmbut pnjng sbb x tau knpe..pendekar dulu2 rmbt panjg...mungkin dia kakak jugak..hehehe???"

sorry yer cik abang...saya ingat awak pompuan..muka woman ok...sekali mat rock daaa....pengsan!!!!

F.R.I.E.N.D.S

...what friendship mean to you?? for me its EVERYTHING...















Korang la sayap2 semangat utk Saya terus hidup . thnks for everything. Every each of you are special by your own way. To the world you may be just one person, but to one person you may be the world. If GOd asks me to choose whose life should he takes from each one of you , i'll step forward and ask for my life to be taken . so that i dont have to live this life without you . ?

I'm not looking for someone who has everything, but someone who has time to spend with me more than anything.

I'm only me. That is all I can be. No more, no less, dont second guess. I love, I live, I laugh, I cry. I've wished sometimes that I could die. Some days I'm funny, others I'm not, sometimes I'm in overdrive and I can't stop. You may not like me, but that's okay because this is me and how I'll stay.


CERMIN

kau nak cakap aku idiot,
cermin diri sendiri.
kau nak cakap aku jahat,
cermin diri sendiri.
kau nak cakap aku useless,
cermin diri sendiri.
kau nak cakap aku loser,
cermin diri sendiri.
kau nak cakap aku selfish,
cermin diri sendiri.
kau nak cakap aku perasan,
cermin diri sendiri.
kau nak cakap aku poyo,
cermin diri sendiri.
kau nak cakap aku menggelabah,
cermin diri sendiri.

Who are you to judge the life I live?
I know I'm not perfect
-and I don't live to be-
but before you start pointing fingers.
"make sure your hands are clean!”

the conclusion is please judge urself first b4 u judge others.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...