k.e.k.w.a.t =_=


berdasarkan tajuk diatas ini sudah semestinye aku nak citer pasal diri aku lah .
perkataan 'kekwat' atau lebih mesre dipanggil sombong ni semmgnye dah biase aku dengar .
sbb ape aku biase dengar ea ~ sbb perkataan ni mmg byk kali ditujukan utk aku .
haha sampaikan word ni dah buat aku lali dan x rase ape2 pun . huhu -_-
tetapi yg buat aku agak bengang ni
dah lah kenal pun tidak , rapat pun tidak , senang2 cakap aku kekwat .
haiyo pelik pelik ~_~
faktanye bile orang nampak aku orang akan cakap aku sombong .
aku xtahu mengape dan kenape . ianye masih dlm persoalan lg :-/
maybe first impression orang kowt .

beginilah aku nak ceciter pade korang,
aku ni bukan jenis yg peramah dan x suka ada byk kawan
dan aku mmg xkan memulekan conversation dgn sesape yg aku x kenal atau kurang rapat .
plus aku seorang yang pemalu dan pendiam .
tp bile dah kenal rapat dengan aku , korang akan tahu perangai aku yang sebenar .
aku lah yg paling bising n paling masuk air kalau aku dengan kawan2 aku .
konklusinye , x kenal make x cinte dan don't judge a book by it's cover !

If you ignore me, I will ignore you. If you don't start the conversation, we wont talk. If you don't put in the effort, why should I?

Jom Warnakan Rambut !!!

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

  1. Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
  2. Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
  3. Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
  4. Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. Tetapi sekiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :

  • Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
  • Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
  • Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).
  • Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :

  • Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
  • Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.


Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor

S.E.X.U.A.L.I.T.Y



Just 4 fun...lolzz (@_@)


Stalker Wannabe


Warghhhh....lamenye xupdate blog nie..dh bersawang pon. Sorry la my dear blog, busy sikit dengan assignment yg xpernah nk habis nie. Hurm nk taw tak??? u all "KAKI BLOGGER" mesti suka ber-BLOGWALKING rite?? So tadi Najwan ada bace entry pasal sepasang couple nie....wowww...OMG!!! Sweet Gilerrrr!!!! Both ade blog and ape lagi...?? stalk habis-habisan lah....wahaha. But seriously im sooooo fucking impress + admire with their LOVE STRENGTH lah sampai taktaw nk ungkap mcm mana dah....Sweet gila kot!!!


Boleh kira hari2 jugak lah bukak diorang punya blog n bace entry diorang berulang kali [mcm org tak betol ja aku nie...jd stalker smpi mcm tu skali]. Haha... But nk taw tak dalam bnyk2 entry tu Najwan paling suka statement yg bawah nie ;

Soooo romantik gila lah weh!!!! sampai Najwan pulak terasa nk berCOUPLE sekarang jugak...tak sabar rasenye.....wahhh. Bahagia gila kot....ilysm

OMG!!! I'm desperate for love??? Maybe....lol

Pilihan Raya Kampus 2011



Pilihanraya Kampus Universiti Malaya ; 17-20Feb 2011


Tahniah kepada semua yang menang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan jayanya. Peace no war!!!

M.I.S.S.I.N.G.....Y.O.U

Apa yang kecoh sangat missing2 tuh??? actually takdak papa pown cuma saja gatai gedik dok wat terok rindu kat semua kawan time matrik dulu. So this entry khas untuk korunk yg rindu kt najwan k....haha. ade org rindu ker??? eeuuuu....

Ni lah matrik kesayangan aku dulu.
Kolej Matrikulasi Kedah atau lebih famous dengan nama KMK.
Bangunan yang warna kuning tu library dan makmal komputer.

Ni sebenarnya stress study fizik....sbb tu jadi mcm neh

Suma nak cover perot...

Tutorial-mate...
Dulu aq rajin.....buktinya ni lah study group aku...hehe
sekarang dah malas....taktaw la apa nak jadi

Haa.....yg dok jadi duta nokia tu pasai time ni wanbo (baju merah) baru lepas beli henset baru....bau kedai sihhh. eh lupa pulak....yg tukang amek gmbr ni pon beli henset baru jugak

Yg baju purple tu "Kak Shad" sangat baik dan sangat peramah. ada sifat keibuan disitu....haha
Yang cantik cun melecun sebelah kanan tu name dia anis....DIVA KMK beb!!!

Phewwiiiitttt.....scandle beb...

Ni time lepas study group....gila apa ntah
Jeng jeng jeng.....ni barulah sweet couple. malu tapi mahu....haisshhh
KAmi sama tutorial....FIP5(A)....
Eh....lupa pulak nk introduce my roomate. sorry derr

Yang ni nama dia MING....

Yang ini pulak Professor Ir. Mustafa
Super genius beb!!! sumpah tak tipu

Yang ni pulak Mat Sapit aka Syafiq

waktu stress punya creta

haaa....kami lah Geng POKERFACE...haha

Kami bajet nk jadi future guard kat sini. hhahaha
CMART : tempat menghabiskan duit kat pekan Changloon

ni time bukak puasa kat Restoran Nelayan, Kedah.

Ni time serabut....biasa lah nak exam. kalut mcm nk beranak ja

Apa-apa pon thanks for the memories.....
keep in touch k after this. Sayang kamu semua...ikhlas dari lubuk hatiku...

Jangan Menyampuk


Lokasi : Toilet KL Sentral


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari BB, aku singgah sekejap di KL Sentral.
Ada sesuatu untuk aku beli (nak beli coklat lah...mcm biasa). Tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

“Haa, camna sekarang ?”

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,

“Kau nak gi mana ni??”

Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli coklat” Lepas suara tu bertanya lagi,

“Bila kau nak gerak ni??”.

Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...