Jom Warnakan Rambut !!!

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

  1. Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
  2. Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
  3. Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
  4. Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. Tetapi sekiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :

  • Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
  • Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
  • Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).
  • Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :

  • Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
  • Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.


Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor

S.E.X.U.A.L.I.T.Y



Just 4 fun...lolzz (@_@)


Stalker Wannabe


Warghhhh....lamenye xupdate blog nie..dh bersawang pon. Sorry la my dear blog, busy sikit dengan assignment yg xpernah nk habis nie. Hurm nk taw tak??? u all "KAKI BLOGGER" mesti suka ber-BLOGWALKING rite?? So tadi Najwan ada bace entry pasal sepasang couple nie....wowww...OMG!!! Sweet Gilerrrr!!!! Both ade blog and ape lagi...?? stalk habis-habisan lah....wahaha. But seriously im sooooo fucking impress + admire with their LOVE STRENGTH lah sampai taktaw nk ungkap mcm mana dah....Sweet gila kot!!!


Boleh kira hari2 jugak lah bukak diorang punya blog n bace entry diorang berulang kali [mcm org tak betol ja aku nie...jd stalker smpi mcm tu skali]. Haha... But nk taw tak dalam bnyk2 entry tu Najwan paling suka statement yg bawah nie ;

Soooo romantik gila lah weh!!!! sampai Najwan pulak terasa nk berCOUPLE sekarang jugak...tak sabar rasenye.....wahhh. Bahagia gila kot....ilysm

OMG!!! I'm desperate for love??? Maybe....lol

Pilihan Raya Kampus 2011



Pilihanraya Kampus Universiti Malaya ; 17-20Feb 2011


Tahniah kepada semua yang menang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan jayanya. Peace no war!!!

M.I.S.S.I.N.G.....Y.O.U

Apa yang kecoh sangat missing2 tuh??? actually takdak papa pown cuma saja gatai gedik dok wat terok rindu kat semua kawan time matrik dulu. So this entry khas untuk korunk yg rindu kt najwan k....haha. ade org rindu ker??? eeuuuu....

Ni lah matrik kesayangan aku dulu.
Kolej Matrikulasi Kedah atau lebih famous dengan nama KMK.
Bangunan yang warna kuning tu library dan makmal komputer.

Ni sebenarnya stress study fizik....sbb tu jadi mcm neh

Suma nak cover perot...

Tutorial-mate...
Dulu aq rajin.....buktinya ni lah study group aku...hehe
sekarang dah malas....taktaw la apa nak jadi

Haa.....yg dok jadi duta nokia tu pasai time ni wanbo (baju merah) baru lepas beli henset baru....bau kedai sihhh. eh lupa pulak....yg tukang amek gmbr ni pon beli henset baru jugak

Yg baju purple tu "Kak Shad" sangat baik dan sangat peramah. ada sifat keibuan disitu....haha
Yang cantik cun melecun sebelah kanan tu name dia anis....DIVA KMK beb!!!

Phewwiiiitttt.....scandle beb...

Ni time lepas study group....gila apa ntah
Jeng jeng jeng.....ni barulah sweet couple. malu tapi mahu....haisshhh
KAmi sama tutorial....FIP5(A)....
Eh....lupa pulak nk introduce my roomate. sorry derr

Yang ni nama dia MING....

Yang ini pulak Professor Ir. Mustafa
Super genius beb!!! sumpah tak tipu

Yang ni pulak Mat Sapit aka Syafiq

waktu stress punya creta

haaa....kami lah Geng POKERFACE...haha

Kami bajet nk jadi future guard kat sini. hhahaha
CMART : tempat menghabiskan duit kat pekan Changloon

ni time bukak puasa kat Restoran Nelayan, Kedah.

Ni time serabut....biasa lah nak exam. kalut mcm nk beranak ja

Apa-apa pon thanks for the memories.....
keep in touch k after this. Sayang kamu semua...ikhlas dari lubuk hatiku...

Jangan Menyampuk


Lokasi : Toilet KL Sentral


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari BB, aku singgah sekejap di KL Sentral.
Ada sesuatu untuk aku beli (nak beli coklat lah...mcm biasa). Tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

“Haa, camna sekarang ?”

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,

“Kau nak gi mana ni??”

Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli coklat” Lepas suara tu bertanya lagi,

“Bila kau nak gerak ni??”.

Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Kalau Binatang Pun Ada Facebook



Entry kali ini agak pelik sikit yer...ala-ala mengarut jugak la. Pernah tak korunk terfikir kalau binatang pon ada facebook?? Jeng-jeng-jeng.....so kat sini Najwan bagi contoh status apa yang mereka (binatang-binatang) akan tulis kat profile mereka :

Nyamuk :
Baru habis ronda rumah Ijoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes:
Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam:
Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!!!

Cicak :
isteriku tersepit pintu

Kucing Betina:
Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.

Ayam :
Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk:
Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing:
Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus:
Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak :
malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular :
rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing:
Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda:
Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi.

Siput babi:
Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura-kura.

Babi hutan:
susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera:
semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah.

Tikus:
Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat:
Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong:
Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut.

Ikan laga:
Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.

Ikan parang:
Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok.

Ikan Jerung:
Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-( Sedih aku kalo mcm nie.

Ikan Sepat:
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah.

Ikan Bilis:
Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana:
Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki:
macam mana nak kurus nie?
Malulah perutku sangat buncit.


Haha....thats all...hope u all enjoy with this entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...