Syurga Cinta


Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

Dialog di atas adalah kemuncak kepada perjalanan kisah yang dipaparkan oleh filem SYURGA CINTA arahan terkini Pengarah Ahmad Idham. aku suka gila dialog itu kerana ia meninggalkan sesuatu yang boleh dipegang oleh penonton sebagai teladan yang mahu diambil daripadanya.

Bersahaja, tidak berputar belit di dalam falsafah, senang dan dekat dengan kehidupan sebenar masyarakat kita.

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...