HARI INI, ESOK DAN LUSA


Bangon tido. mandi. cukur misai dan janggut.solat. iron baju. kemas tempat tido. jadual buku. isap rokok. Dengan muka mengantuk tp buat-buat happy. pergi kelas. tido dalam kelas. makan jajan. ilangkan ngantok. gelak dengan kawan. tak tau ape yang aku belajar hari nie.

Balik kelas. huha.huha. pergi makan tengah hari.nasi putih. solat. sambung masuk kelas. study. kacau orang nk study. tak ingat ape yang belajar. tetibe lecturer bagi assignment. aku mengeluh. pegi toilet. cuci muka. ilangkan tension sementara. kencing. hidup umpama roda.

Masuk kelas lagi. sambung sampai pukul 3. gelak sikit sikit. atas lawak yang tah ape ape entah. aku duduk sorang sorang dalam kelas.takde pasangan. sebab geng aku slalu dtg lambat. Kelas tamat. cabut lari. keluar kelas. Jalan kaki balik ke kolej. singgah mini mart. Orange juice satu botol. kadang kadang layan chocolate bar.

Terbaring atas katil kat kolej. sebab penat sangat. Solat lagi. Mandi. Solat lagi utk yang magrib punyer. Tak tau ape nak buat. tengok lappy pon takde perasaan. nak online takde mood. Bermanja-manja dengan roommate yg tak manja. Malam je wrestling dgn roommate sampai lebam sebelum tido.

On lappy. Lappy cute. Hp katenyer. Pavilion DV-2 modelnyer. buat assignment. sambil online lagi kali nie. Bosan. tak buat assignment dah. Layan lagu. Tengok movie. Tak kesah lah walau aku dah tengok 3-4 kali cerite yang sama.

Sorang sorang kat bilik. Roommate pergi main meeting tak habis-habis. Aku sorang sorang lagi dalam bilik ^_^

Tido pukul 3 -4 pagi. bangon pukul 6 pagi. Berlarutan sampai seminggu. Ini kah student live macam aku? aku dah ditakdirkan macam nie [?] Jangan tanya kenape. jangan persoalkan kenape. Takde gelak ketawa lagi. Hanya hidup yang boring. Teringat ibu di rumah keseorangan tiada teman. Call mak hari hari. tanya kabar ape yang terjadi. Harap dye sehat sejahtera. Harapan nak balik tiap tiap minggu. Financial problem tidak mengizinkan.

SABTU.

Hari istirehat selain ahad. Duduk di dalam bilik. menaip di meja study. sambil kipas di bawah meja. menghala ke kelengkang. uhhh. sejuknya. terase sampai ke situ. atas bawah kanan dan kiri. Short pant.

Menarik nafas lega aku masih hidup. masih ade teman. masih berpelajaran. tidak kebulur tak makan. ada orang yang sayang. ada ibu bapa yang menyayangi diri ini.

live getting better?


The Best Way To Resolve Conflict And Live Happily

Lot of people has this MAJOR crisis for sure. Same goes to me. But, the truth is, we can't run to have a conflict or crisis even with our parents! Belief me.. Nowadays, there are no people that really happy with their life.. Also same with me again..

Ok, I don't want to jump into the CONCLUSION. Many people might think there are a lot of solution to live happy..For example, I've found an article with the picture the way to strive to be happy...



First : HAVE FUN...
This is the best way, for me have fun is one way of solution that really help us to live happily BUT, until when we are going to enjoy and have fun? this life is more than just have a fun. I don't think FUN can help people to gain the happiness forever.. FUN is different with HAPPY.. fun is just for temporary while happy is for permanent. So the conclusion from step no 1 can be used only 30 percent..

Second : DO NOT HURT PEOPLE
yes!!! many English quote that shows to us, If we did good things to others, for sure people will do a good things to us.. But, is this quote is practical nowadays? the answer is : I DON'T THINK SO!!!... why? this is because I've tried to make sure myself didn't hurt others but other people are always hurt me and make me as a douche bag if they have a problems and the most important thing, this is happen to me! Plus, if we do something good to others, they will step on our head? Is this my only perception OR the truth? you judge by yourself and I have my own opinion.

Third : DO NOT ACCEPT DEFEAT
emm, this might be the best solution...(just for others) and for sure not for me.. I believe we can just ignore any defeat and strive to be happy... but, I'm not going to do that because that will show that I'm a chicken. Sometimes I'll consider to just ignore that but I can't do it again and again because I don't want anybody to step on my head and make me look stupid... and the most important thing, I hate people that pretending to be nice in front of me while actually he/she defeating me in a silent way...I'm so sick with that.

Fourth : STRIVE TO BE HAPPY
as simple as this, we do what we want and ignore someone else except they are trying to give a good and acceptable advices. simple.

so I'm still trying to find a good solution in life....peace yaww >,<

Kenapa cuci kereta lagi best dari berkhalwat??



  1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
  4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.
  6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
  8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
  9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak, kawan-kawan.
  10. Majikan tidak akan memecat anda.
  11. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka cuci sama, pastu bawak diorang pergi jalan-jalan window shopping ke..silap2 diorang pulak pelawa jadi menantu diorang..
So, kesimpulannya.. Lebih baik cuci kereta daripada berkhalwat. Lebih baik buat pahala daripada buat dosa.

Tatkala Guru Mentafsir Cinta


Cinta.. Apa maksud cinta? Apa itu cinta? Nak tau? Cuba kita tanya guru-guru kat bawah ni.. Apa agaknya yang diorang akan tafsir makna cinta mengikut bidang yang mereka ajar. Heheh..

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah si dia).

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya.

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya.

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar.

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa.

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah…. kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh.

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya.

Yang pasti, tafsirlah cinta mengikut kehendak Allah yang satu… Bertemu dan berpisah semua kerana Allah.. Indahnya cinta kalau agama disertakan bersama… Cinta Allah dan Rasul yang paling utama dan wajib diutamakan. Jangan terpedaya dengan cinta dunia yang sementara..

k.e.k.w.a.t =_=


berdasarkan tajuk diatas ini sudah semestinye aku nak citer pasal diri aku lah .
perkataan 'kekwat' atau lebih mesre dipanggil sombong ni semmgnye dah biase aku dengar .
sbb ape aku biase dengar ea ~ sbb perkataan ni mmg byk kali ditujukan utk aku .
haha sampaikan word ni dah buat aku lali dan x rase ape2 pun . huhu -_-
tetapi yg buat aku agak bengang ni
dah lah kenal pun tidak , rapat pun tidak , senang2 cakap aku kekwat .
haiyo pelik pelik ~_~
faktanye bile orang nampak aku orang akan cakap aku sombong .
aku xtahu mengape dan kenape . ianye masih dlm persoalan lg :-/
maybe first impression orang kowt .

beginilah aku nak ceciter pade korang,
aku ni bukan jenis yg peramah dan x suka ada byk kawan
dan aku mmg xkan memulekan conversation dgn sesape yg aku x kenal atau kurang rapat .
plus aku seorang yang pemalu dan pendiam .
tp bile dah kenal rapat dengan aku , korang akan tahu perangai aku yang sebenar .
aku lah yg paling bising n paling masuk air kalau aku dengan kawan2 aku .
konklusinye , x kenal make x cinte dan don't judge a book by it's cover !

If you ignore me, I will ignore you. If you don't start the conversation, we wont talk. If you don't put in the effort, why should I?

Jom Warnakan Rambut !!!

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan.

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

  1. Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
  2. Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
  3. Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
  4. Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. Tetapi sekiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :

  • Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
  • Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
  • Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).
  • Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :

  • Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
  • Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.


Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor

S.E.X.U.A.L.I.T.Y



Just 4 fun...lolzz (@_@)


Stalker Wannabe


Warghhhh....lamenye xupdate blog nie..dh bersawang pon. Sorry la my dear blog, busy sikit dengan assignment yg xpernah nk habis nie. Hurm nk taw tak??? u all "KAKI BLOGGER" mesti suka ber-BLOGWALKING rite?? So tadi Najwan ada bace entry pasal sepasang couple nie....wowww...OMG!!! Sweet Gilerrrr!!!! Both ade blog and ape lagi...?? stalk habis-habisan lah....wahaha. But seriously im sooooo fucking impress + admire with their LOVE STRENGTH lah sampai taktaw nk ungkap mcm mana dah....Sweet gila kot!!!


Boleh kira hari2 jugak lah bukak diorang punya blog n bace entry diorang berulang kali [mcm org tak betol ja aku nie...jd stalker smpi mcm tu skali]. Haha... But nk taw tak dalam bnyk2 entry tu Najwan paling suka statement yg bawah nie ;

Soooo romantik gila lah weh!!!! sampai Najwan pulak terasa nk berCOUPLE sekarang jugak...tak sabar rasenye.....wahhh. Bahagia gila kot....ilysm

OMG!!! I'm desperate for love??? Maybe....lol

Pilihan Raya Kampus 2011

video

Pilihanraya Kampus Universiti Malaya ; 17-20Feb 2011


Tahniah kepada semua yang menang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan jayanya. Peace no war!!!

M.I.S.S.I.N.G.....Y.O.U

Apa yang kecoh sangat missing2 tuh??? actually takdak papa pown cuma saja gatai gedik dok wat terok rindu kat semua kawan time matrik dulu. So this entry khas untuk korunk yg rindu kt najwan k....haha. ade org rindu ker??? eeuuuu....

Ni lah matrik kesayangan aku dulu.
Kolej Matrikulasi Kedah atau lebih famous dengan nama KMK.
Bangunan yang warna kuning tu library dan makmal komputer.

Ni sebenarnya stress study fizik....sbb tu jadi mcm neh

Suma nak cover perot...

Tutorial-mate...
Dulu aq rajin.....buktinya ni lah study group aku...hehe
sekarang dah malas....taktaw la apa nak jadi

Haa.....yg dok jadi duta nokia tu pasai time ni wanbo (baju merah) baru lepas beli henset baru....bau kedai sihhh. eh lupa pulak....yg tukang amek gmbr ni pon beli henset baru jugak

Yg baju purple tu "Kak Shad" sangat baik dan sangat peramah. ada sifat keibuan disitu....haha
Yang cantik cun melecun sebelah kanan tu name dia anis....DIVA KMK beb!!!

Phewwiiiitttt.....scandle beb...

Ni time lepas study group....gila apa ntah
Jeng jeng jeng.....ni barulah sweet couple. malu tapi mahu....haisshhh
KAmi sama tutorial....FIP5(A)....
Eh....lupa pulak nk introduce my roomate. sorry derr

Yang ni nama dia MING....

Yang ini pulak Professor Ir. Mustafa
Super genius beb!!! sumpah tak tipu

Yang ni pulak Mat Sapit aka Syafiq

waktu stress punya creta

haaa....kami lah Geng POKERFACE...haha

Kami bajet nk jadi future guard kat sini. hhahaha
CMART : tempat menghabiskan duit kat pekan Changloon

ni time bukak puasa kat Restoran Nelayan, Kedah.

Ni time serabut....biasa lah nak exam. kalut mcm nk beranak ja

Apa-apa pon thanks for the memories.....
keep in touch k after this. Sayang kamu semua...ikhlas dari lubuk hatiku...

Jangan Menyampuk


Lokasi : Toilet KL Sentral


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari BB, aku singgah sekejap di KL Sentral.
Ada sesuatu untuk aku beli (nak beli coklat lah...mcm biasa). Tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

“Haa, camna sekarang ?”

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,

“Kau nak gi mana ni??”

Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli coklat” Lepas suara tu bertanya lagi,

“Bila kau nak gerak ni??”.

Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Kalau Binatang Pun Ada Facebook



Entry kali ini agak pelik sikit yer...ala-ala mengarut jugak la. Pernah tak korunk terfikir kalau binatang pon ada facebook?? Jeng-jeng-jeng.....so kat sini Najwan bagi contoh status apa yang mereka (binatang-binatang) akan tulis kat profile mereka :

Nyamuk :
Baru habis ronda rumah Ijoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes:
Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam:
Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!!!

Cicak :
isteriku tersepit pintu

Kucing Betina:
Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.

Ayam :
Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk:
Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing:
Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus:
Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak :
malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular :
rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing:
Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda:
Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi.

Siput babi:
Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura-kura.

Babi hutan:
susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera:
semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah.

Tikus:
Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat:
Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong:
Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut.

Ikan laga:
Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.

Ikan parang:
Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok.

Ikan Jerung:
Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-( Sedih aku kalo mcm nie.

Ikan Sepat:
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah.

Ikan Bilis:
Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana:
Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki:
macam mana nak kurus nie?
Malulah perutku sangat buncit.


Haha....thats all...hope u all enjoy with this entry.

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


Sejak azali lagi Allah telah menyatakan bahawa "AKU telah ciptakan manusia itu hidup berpasang-pasang". Maksudnya ada pasangan hidup untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta adalah perkara utama dalam setiap perhubungan antara lelaki dan perempuan. So dikesempatan ini Najwan nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menjumpai pasangan sehidup masing-masing. Semoga jodoh anda berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin...

Kepada mereka yang masih "SINGLE" tu Najwan nak berkongsi sedikit tips utk kalian:

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


Harap dengan tips itu tadi dapat membantu....Najwan doakan agar anda semua menjumpai jodoh yang datangnya daripada Allah dan bukannya jodoh dari syaitan laknatullah.


Ceritera Dongeng Nak Jadi Aliff Aziz


Kawan aku selalu tanye, Knape la kau ni minat sangat kt Aliff tu??? Bukan setakat kawan aku je yg tanye, adik aku pon turut join sekaki. Keluhan yg akan selalu diberikan "Haishh...Aliff Aziz lagi" Mcm dah xde artis lain ke yang kau minat???. haha Dengan rilex dan selambe nye aku jawab "Biarlahh". Nak taw knape aku minat sangat???



1. SENYUMAN DIA MEMBUATKAN SEMUA PEREMPUAN KELUAR AIR LIUR

Aku taw dan aku sedar bahawa senyuman aku tak manis dan langsung tak menggoda kalau nak dibandingkan dengan Aliff Aziz nih. Senyuman beliau boleh membuatkan semua perempuan "horny" dan cair, ditambah pula dengan lesum pipit dipipi...perghhh!!! KELAS KAU MARIA. haha. Contohnya mcm kejadian beberapa minggu lepas.
Lokasi : Kedai Makan

Aku : Berapa semua kak?

Akak Kaunter : semuanya RM7.20 dik


Aku : Ala...kira RM7.00 je lah kak. Saya xda duit pecah la


Akak Kaunter : Diam ja xbagi respon apa2 langsung


Aku : tergedik-gedik sambil tersenyum-senyum dgn harapan die bg diskaun 20sen


Akak Kaunter : Masih buat2 xtaw sambil membungkuskan kuehteow kungfu yg aq tapaw


Aku : Nah kak...RM7.00. [sebaik saja aku melangkah utk beredar dari gerai tu....tiba2]


Akak Kaunter : Adik lagi 20sen ngak cukup nih


Aku : buat muka pasrah je lah sambil bayar


So kesimpulannye aku dah fail nak tiru senyuman Aliff nih. Ape la yg menawan sangat senyuman die aku pon tak taw. Haishhh. Buat malu ja.

2. SUARA ALIFF AZIZ BOLEH MEMBUATKAN WANITA TIDUP LENA DI WAKTU MALAM

Suara si Aliff Aziz ni mmg sangat-sangat-sangat mujarab utk melembutkan hati semua wanita diluar sane, tak kira tua atau muda. Tapi kalau suara aku ni hanye boleh membuatkan telinga kamu bernanah sahaja. So kalau nak dibandingkan dengan Mr. Bean, suara dia pon kelakar dan xsedap jugak. Kesimpulannya aku dan Mr. Bean itu sama sahaja. [perasan jah]


3. ALIFF AZIZ HENSEM TAHAP CIPAN

Kalau mamat sekor nie lalu depan para gadis. Mesti semua pandang dye dan terseyum tahap mintak pelempang. Tapi kalau aku yang lalu depan para gadis. Mesti semua mula buat tak tahu je dan buat tak nampak sebab aku tahu diorang tak nak tambah dose pura pura nak senyum dengan aku dan diteruskan dengan mengumpat pada akhirnya.


4. ADA PADA DIA TAPI APA ADA PADA AKU

Bende nie paling buatkan aku sakit hati kat mamat sekor nie. Bile aku search je "Aliff Aziz" kat pakcik Google image, gambar pertama yang keluar adalah gambar nie.


Tapi bile aku Google name "Izzul Najwan" kat tempat yang same. Gambar pertama yang keluar adalah gambar nie.

OMG!!!! Buat aku takut ja....aku dok idop lagi ni, dia pi display gambaq kubur pasai pa...??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...