- Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
- Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
- Kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
- Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
- Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.
- Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
- Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
- Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
- Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak, kawan-kawan.
- Majikan tidak akan memecat anda.
- Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka cuci sama, pastu bawak diorang pergi jalan-jalan window shopping ke..silap2 diorang pulak pelawa jadi menantu diorang..
So, kesimpulannya.. Lebih baik cuci kereta daripada berkhalwat. Lebih baik buat pahala daripada buat dosa.
Post a Comment