Aku yang Berdosa




Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

**Sangat hina rasa diri ini, diri ini sangat kotor penuh dengan dosa-dosa silam. Ya Allah...jgn biarkan diriku ditimpa musibah atas segala dosaku..berilah kesempatan kepadaku untuk bertaubat...AMINN YA RABBAL ALAMIN**

Pedihnya "SAKARATUL MAUT"



Suatu ketika Nabi Idris telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail.
Kemudian Beliau bertanya, "Hai Malaikat Izrail, kedatanganmu ini untuk mencabut nyawa atau berkunjung."

Lalu Malaikat Izrail menjawab bahwa kedatangannya itu untuk berkunjung dengan izin Allah.

Setelah mendengar jawaban Malaikat Izrail, Nabi Idris berkata lagi,
"Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan denganmu."

"Kepentingan apa itu?" kata Malaikat Izrail.

Setelah sejenak menghela nafas, Nabi Idris pun menjawab,

"Kepentinganku denganmu adalah supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali agar aku dapat lebih giat
beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratul maut."

Malaikat Izrail kehairanan mendengar permintaan Nabi Idris.

Tapi Allah memberi wahyu kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut
nyawa Nabi Idris.

Seketika itu juga Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s.

Setelah menjalankan tugasnya itu Malaikat Izrail menangis atas
kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah untuk menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris pun hidup kembali.

Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris a.s.

"Hai Saudaraku, bagaimana rasanya sakaratul maut itu?"

Nabi Idris a.s menjawab,
"Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup disiat kulitnya dalam keadaan hidup-hidup dan begitulah rasanya sakaratul maut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut,
"Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya.

Itulah sahabatku sekelumit kisah tentang pedihnya sakaratul maut. Seorang Nabi pun juga merasakan hal yang sama dan terasa sangat pedihnya kala nyawa terlepas dari badan.

Bagaimana pula kita, tanggungjwb sbg hamba Allah, anak, ayah, ibu, suami, isteri. Adakah kisah ini tidak memberi kesan pada diri kita dan kita berfikir serta muhasabah diri utk lebih bersedia menghadapi mati...

Moge bermanfaat hendaknya. Assalamualaikum ^_^

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum readers (kalau xjawab dosa). Wahhh sangat lama ye saya xupdate blog ni, dah bersawang-sawang dah. Kalau tak silap hampir 9 bulan dah kan? Now dah disember dan tak berapa hari lagi kita akan ucapkan selamat tinggal kepada 2012 dan selamat datang kepada 2013. Sungguh cepat masa berlalu tanpa kita sedari. So harini entry islamik sikit mengenai Solat Sunat Dhuha. Dalam pada kita sibuk mencari ketenangan dan meraih kekayaan hidup di dunia, jangan lupa kita juga harus mencari "saham" kita untuk dibawa bersama pada saat kematian kita nanti.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan"

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1.  Niatnya:

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah..
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...