Ada Apa Dengan Kawan ??



Apa Erti kawan??

kawan bermaksud sahabat yg tulus ikhlas membantu dlm pelbagai masalah dan cuba menyelesaikan masalah,

tidak pernah berkira walau dalam keadaan apapun termasuk meminjam duit atau memberi bantuan.


Kawan biasa

kawan biasa atau erti lain,hanya membantu bila kita benar-benar ingin meminta pertolongan,tetapi kadang-kadang buat tak endah,berkira dalam pelbagai masalah dan tidak ambil berat tentang masalah kawan yang dihadapi.


Kawan makan kawan??

kita mempercayai dia tapi inilah kawan yang selama ini kita tidak tahu yang dia cuba menyerang secara bertubi-tubi dengan senyap dan teratur.


Kawan setan?

setan?,bab cari gaduh dia nombor 1.Bab bergaduh dia lari dulu,Kalau mengajak buat maksiat atau buat jahat diA dulu,tapi bila kita kena lokap...jari tepat kat dahi kita,sendiri buat,sendiri takmau mengaku.


Kawan IRC??

ramai dari golongan mereka ini tidak boleh dipercayai,tetapi jika kita sudah lama berkecimpung dlm bidang ini,kita mungkin dpt mengenali seseorang itu dengan mendalam.


Kawan kipas??

atau erti kata lain ''BATU API'',menghasut kita supaya berkelahi dengan sahabat yang lain,cemburu melihat kemajuan orang lain dan cuba memarakkan api kemarahan kita apabila sesuatu yang tidak enak berlaku.


kawan surau??

inilah sebaik-baik kawan,mengajak ke tempat ibadat dan melakukan ibadat bersama-sama tanpa segan silu,mengingati kita tentang amalan,pentingnya amalan apabila ke akhirat kelak...

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...