Lowered?

Hi bloggers...harini terlebih excited pulak nk blogging. Guess what? ni entry ke-3 dalam tempoh 24jam. So kalini nk cerita pasal LOWERED. Pernah dgr? Well lowered ni refer kepada kereta-kereta yang telah dimodifikasi suspensi asal kepada lebih rendah sedikit. Senang cerita kereta yg rendah daripada stok asal yang dikeluarkan lah. Apa kelebihan lowered-lowered ni? tak merosakkan kereta ke? Comfort ke? Ini contoh kereta yg telah dimodifikasi. Sumber : google image


Lowered Produa Myvi

Lowered Toyota Vios

Lowered Mitsubishi Lancer

p/s : selalunya kereta lowered ni gab antara tayar dan fender depan 1 jari. Belakang 2 jari. Kalau jenis lowered melampau yang sampai kepakkan tayar
belakang tu kita panggil "Hellaflush"

Well this is my own review sbb aku pun meloweredkan kereta. Beberapa cara boleh dilakukan utk meloweredkan kereta, antaranya :

1. Tukar kepada SPORT SPRING. Selalunya sport spring ni warna merah. Spring agak keras sedikit.

2. Tukar kepada SPORT ABSOBER. Absober lebih keras dan short stroke

3. Tukar kepada ADJUSTABLE. Dua jenis adjustable, high-low dan high-low-soft-hard.

Antara brand yang famous menjual sport spring, sport absorber dan adjustable ni antaranya : Tein, GAB, ProRide, Mines dan bnyk lagi lah. 

Kelebihan :
1. Lebih perormance dan handling
2. Kereta lebih stabil bila ambil selekoh
3. Low air friction and resistance, so senang sikit nak accelerate.
4. Ada bnyk lagi la...

Kekurangan :
1. Kurang comfort sedikit pada jalan tak rata berbanding spring stock 
2. Kurang bumping

So maybe yang dah berkeluarga tak sesuai sangat lah kot sbb selalunya kereta keluarga ni lebih mengutamakan comfort dan tak sesuai lah nak merempit racing2 ni kan. 

Well lowered itu sexy, beauty is pain. And lupa pulak, kalau lowered ni kat bumper ni kena slow2 sikit, kalau laju2 nnti tak pasal2 bumper pecah, lagi2 yang modified pakai bumper/lips/skirting/bodykit yang material fibre tu. 

Well terpulang lah kpd cita rasa masing-masing. Peace =)

Moist Chocolate Cake

Hi Bloggers...cuba tgk tajuk entry ni? chocolate cake? Oh yeahh mari kita jadi cheff yer untuk harini. Actually IMMA BIG BIGG FANS OF CAKE. So sementara ada gap seminggu before masuk sem baru ni masa banyak dihabiskan untuk jadi driver kepada adik-adik...hentar pergi sekolah, ambil dari sekolah, dll. So tak lupa juga gunakan kesempatan yang ada utk belajar baking. Kalau nak suruh masak mmg haram taktaw. Ok bnyk pulak membebel. So harini nak share dgn semua recipe moist chocolate kek ni.


Tadaaaa....ini lah hasilnya XD

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo
2 cawan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
3 biji telur (dipukul)
1 cawan minyak masak

Chocolate topping :
200gram chocolate masakan
100mL whipping cream

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan
2. Tapis tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonate dan campurkan didalam satu balang
3. Campurkan gula, telur yg telah dipukul
4. Masukkan air panas, susu cair dan minyak masak
5. Gunakan mixer dan tambah sedkit esen vanila (optional)

p/s : aku masukkan sekali gus semua bahan2 tu. haha. Mix sehingga sebati. Letak dalam tray dan kukus selama 1 jam mcm tu sehingga masak.

Untuk topping pula, gunakan teknik double boiler (mcm cairkan chocolate masakan tu) dan campur dgn whipping cream. Oh ya saya guna whipping cream bawah ni.


Lepas kukus, sejukkan sebentar dan letakkan topping ni. Utk hiasan terpulang kepada anda, saya letak chocolate rice dan strawberry sikit.
Well selamat mencuba =)

It's September

Hi bloggers...Guess What?? Guess what?? It's monday. Monday blues maybe? Well its already September. sekejap je rasa dah september ni kan? Time flies faster, masa itu emas. Well TWO big things happens in this september, guess what? (haha xhabis2 guess what). 

First thing is DAH HABIS PRAKTICAL. Well it's really really and super duper awesome sbb masa praktical mesti xsabar sangat nak habis. Bosan katanya kerja tak mencabar. Whatever it is memories created cannot dijual beli (pehhh ayat).

Second thing is NEW SEMESTER BEGINS. Minggu ni adalah minggu pertama so nothing much perkara menarik kecuali ramai yang tak datang dan skip kelas. Well perkara biasa lah kan sbb 1st week memang masa utk relax-relax dan belum start belajar lagi.


**gambar sekadar hiasan. malam pertama di kk8 @ kolej kediaman kinabalu**

Ok sebenarnya nk buat entry pasal benda lain...tiba2 mood utk berblogging hilang. Ehhhh. Oklah bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...