Lowered?

Hi bloggers...harini terlebih excited pulak nk blogging. Guess what? ni entry ke-3 dalam tempoh 24jam. So kalini nk cerita pasal LOWERED. Pernah dgr? Well lowered ni refer kepada kereta-kereta yang telah dimodifikasi suspensi asal kepada lebih rendah sedikit. Senang cerita kereta yg rendah daripada stok asal yang dikeluarkan lah. Apa kelebihan lowered-lowered ni? tak merosakkan kereta ke? Comfort ke? Ini contoh kereta yg telah dimodifikasi. Sumber : google image


Lowered Produa Myvi

Lowered Toyota Vios

Lowered Mitsubishi Lancer

p/s : selalunya kereta lowered ni gab antara tayar dan fender depan 1 jari. Belakang 2 jari. Kalau jenis lowered melampau yang sampai kepakkan tayar
belakang tu kita panggil "Hellaflush"

Well this is my own review sbb aku pun meloweredkan kereta. Beberapa cara boleh dilakukan utk meloweredkan kereta, antaranya :

1. Tukar kepada SPORT SPRING. Selalunya sport spring ni warna merah. Spring agak keras sedikit.

2. Tukar kepada SPORT ABSOBER. Absober lebih keras dan short stroke

3. Tukar kepada ADJUSTABLE. Dua jenis adjustable, high-low dan high-low-soft-hard.

Antara brand yang famous menjual sport spring, sport absorber dan adjustable ni antaranya : Tein, GAB, ProRide, Mines dan bnyk lagi lah. 

Kelebihan :
1. Lebih perormance dan handling
2. Kereta lebih stabil bila ambil selekoh
3. Low air friction and resistance, so senang sikit nak accelerate.
4. Ada bnyk lagi la...

Kekurangan :
1. Kurang comfort sedikit pada jalan tak rata berbanding spring stock 
2. Kurang bumping

So maybe yang dah berkeluarga tak sesuai sangat lah kot sbb selalunya kereta keluarga ni lebih mengutamakan comfort dan tak sesuai lah nak merempit racing2 ni kan. 

Well lowered itu sexy, beauty is pain. And lupa pulak, kalau lowered ni kat bumper ni kena slow2 sikit, kalau laju2 nnti tak pasal2 bumper pecah, lagi2 yang modified pakai bumper/lips/skirting/bodykit yang material fibre tu. 

Well terpulang lah kpd cita rasa masing-masing. Peace =)

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...