Peristiwa yang berlaku setahun lepas masih lagi segar dalam ingatan aku. Pagi tu, mak aku kejutkan aku sekitar pukul 6. Aku yang masih lagi dalam keadaan mamai ke tandas untuk mandi.Mase tu aq ade kat rumah saudara aku kat Sungai Petani. Hari ini hendak mendaftar masuk ke Kolej pada hari itu, tetapi aku adalah yang paling lewat bangun dalam keluarga aku. Selesai bersiap-siap dengan mengenakan pakaian formal, terus ke dapur untuk sarapan. Hurm....xpernah pernah aq sarapan pagi, tetibe jer. Dalam pukul 7.00pagi camtu aq ngan family start bergerak menuju ke Changloon. Mase tu aq rase macam x nak pi ja....hurm...jiwa aq mase tu x tenteram langsung. Berdebar-debar gila.
Pukul 10.00 lebih kurang, aku dah beratur di hadapan perpustakaan. Waktu tu mmg sesak gila....ramai gila yang dah mai dtg daftar. Kira lambat juga aku sampai. Setelah melalui pelbagai proses, akhirnya kunci bilik diberi. Aku merenung tepat ke arah key chain kunci itu. Tertera nombor bilik A1-T2-21. Aku menaiki tangga bangunan Sri Palas untuk meninjau keadaan bilik.
Mata aku terus melihat ke arah 2 buah katil yang berhampiran dengan tingkap sejurus selepas aku masuk ke bilik A1-T2-21. Mak aq pun mmg suruh duduk kat tepi tingkap tuh. Aku melihat terdapat beg-beg kecil di atas kedua-dua belah katil yang berhampiran tingakap itu. "Cis, dah ade orang ambil tempat yang aku nak" aku bermonolog. Tapi dengan selamba badaknyer aq alihkan beg tersebut dan letak beg aq kat katil tersebut. Dalam hati cakap "die salah bilik ni" Aku yang dari tadi penat duduk sebentar di katil yang penuh dengan habuk. Apa lagi....kemas la dulu, aku ni x boleh tgk bende sepah-sepah mcm nie. Hurm....jd maid utk tempat sendiri la plak....Adoi...penat gila.
Then ambil barang aq yang bertan-tan beratnya. Roommate aku seorang demi seorang masuk ke dalam bilik bersama keluarga mereka. Sempat juga aku berkenalan dengan mereka, Syafiq dan Mustafa. Masing-masing dari belah utara. Hurm....speaking utara lah plak aq lepas ni....haha
Tengah hari tu, aku luangkan masa bersama keluarga sebelum mereka pulang. Lagi sekali, aku tiada perasaan. Kosong. Entah kenapa. Yang ada cuma rasa takut nk berpisah ngan family ja....maklumla x pernah berpisah sblom ni.
Waktu Maghrib, kami diarahkan untuk bersembahyang berjemaah dan membaca yasin di dalam bilik. Mustafa yang menjadi imam ketika itu. Selesai sembahyang, bacaan yasin dimulakan.
Malam tu, agak penat juga. Banyak sangat taklimat. Pukul 11 aku sudah give up. Mahu tidur. Sekaligus menjadi penutup hari pertama aku di Kolej Matrikulasi Kedah. Tp sebenarnya aq x makan malam lagi dowh...kebulo gila....tapi waktu tu dah larut malam n kat kafe pon ramai sangat orang....so buat2 je la x lapar n terus nak tido.
Aku pasti ramai yang melalui perkara yang sama seperti aku pada hari pertama di Kolej. Peristiwa setahun lepas ini secara spontan menyerang ingatan aku. Tapi sekarang, aku amat merindui saat-saat itu. KMK I miss U
Post a Comment