Short Film : Chukang

Selepas fenomena filem Bukak Api, Comolot dan Anu Dalam Botol (dalam pembikinan), beberapa pihak samada penerbit atau pengarah sesebuah karya filem atau drama, cuba ingin mengetengahkan sesuatu yang realiti untuk tontonan penonton di luar sana. Terbaru, Seamon Production Sdn. Bhd, sebuah produksi tempatan giat menayangkan filem pendek mereka bertajuk Chukang, arahan dan lakon layar Shuhaimi Lua Abdullah. Filem berdurasi 18 minit ini memaparkan realiti kisah kehidupan golongan lelaki yang terjebak dalam kancah pelacuran sejenis dengan menjadikan rumah urut sebagai satu kerjaya yang menguntungkan. Filem yang menyertai Festival Filem Malaysia ke-23 2010 dalam kategori Filem Pendek boleh dikatakan sebuah karya gay untuk tahun 2010. Chukang yang membariskan personaliti Roslan Shah, Ifa Raziah, Rosnan Rahman ( Raja Makyong) dan sebagainya juga turut menampilkan Ahmad Azam Pitt ( Bintang MyStar LG) sebagai pelakon utama.

Chukang mempunyai 17 babak menelan kos sekitar RM 10,000.00 merupakan filem pendek tempatan yang berani memaparkan isu golongan gay, selepas karya Comolot





Copyright : http://amyikram.blogspot.com
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...